Jumaat, 25 September 2009

Ke Mana Arah Kita.

Assalamualaikum ;

Seperti yang kita semua ketahui dan kita perjuangkan, Bangsa Melayu adalah hak kita sebagai Anak Melayu di tanah air yang tercinta Malaysia. Biar darah menitis mengalir membasahi bumi, pantang melayu negara dijajah. Cinta perjuangan Melayu terhadap tanah tercinta dari selatan membawa ke utara berpegangkan Agama, adat dan semangat perjuangan satu pegangan. Menjadi hakikat dan hak bermula Malaysia adalah dari Bangsa Melayu. Kedamaian yang kita kecapi kini adalah kerana kita adalah Melayu. Agama kita, sikap kita yang sering bersederhana dan merendah diri, tutur kata kita, budaya kita dan adat kita penyebab keharmonian tanah air kita.

Adakah kita ingin melihat negara kita dijajah semula. Dulu negara kita dijajah dari luar tapi kini kita dijajah dari dalam. Dalam diam dia merebak, satu persatu tanah kita diambil. Tanpa kita sedari kita kini hampir hampir dijajah. Kita seronok dengan kemajuan yang kita kejarkan dan kita bangga anak melayu kita telah menjajah angkasalepas tapi kita tidak patut lupa akan perjuangan dan adat kita, apatah lagi agama kita. Kini kita mula lupa siapa diri kita dan apa itu Malayasia. Sikit demi sedikit melayu mula terkubur di bumi sendiri.

Kita seharusnya lebih berhati hati dan menjadikan peristiwa lama sebagai iktibar. Dulu dengan sekeping kulit kambing tanah melayu kita di ambil. Mula mula menumpang lama lama menjadi hak. Kini ia berulang kembali. Berapa banyak tanah kita diteroka dan kini menjadi hak mereka.
cuba kita tanya orang orang kampung, berapa banyak tanah mereka yang telah tergadai. Adakah kita perasan atau saja saja buat tak tahu." Kita sama sama kejar kemajuan peduli apa dengan tanahair peduli apa dengan Malaysia. Yang penting kita maju, orang ada kereta besar kita mesti ada kereta besar, orang ada rumah besar kita pun mesti ada rumah besar buat apa pening pening fikir pasal hal hal akan datang. Ada tanah, jom jual demi kemajuan tak apa. Bangsa kita tak boleh beli, jual je pada bangsa lain lagi pun dia orang boleh beli dengan harga tinggi. (bukan menyindir tapi fakta)

Kita bangga Malaysia adalah sebuah negara islam, kita bangga bahasa negara kita adalah bahasa melayu, tapi agak agak sampai bila ia boleh bertahan. Sikit demi sedikit ia terhakis. Mereka mula meminta hak mereka. Kita orang melayu tak pernah marah dan dengki tapi kenapa mereka mesti iri pada kita. Kita rela makanan kita dikongsi walaupun sepingan, kita rela tidur bersama walaupun tidur sebantal demi tanah air dan kemakmuran negara kita. Tapi kenapa pula kini mereka ingin membakar kelambu kita. Kita reda kerana agama, kita reda demi kemakmuran.

Kini kita satu aliran di bawah satu cogan kata Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Apa kesudahannya Hanya Allah yang Tahu. Sama samalah kita berdoa dan bertawakal agar ia menjadi satu landasan yang betul. Semoga kuasa kuasa Diraja Tetap Menjadi Hak Malaysia dan orang orang Melayu, kerana itu saja yang mungkin ada untuk kita perjuangkan Agama Islam dan bangsa Melayu . Fikir Fikirkanlah Sebagai Panduan Bukan Sebagai Perbalahan. Amin